Monday, August 18, 2008

Hari Ini

Salam, nie gambar kepadatan penduduk bandung dari pandangan mata burung. Aku pun tak leh nak bayang punyalah ramai umat kat bandar nie. kalau kat malaysia ada lah nampak hijau2 skit. Nie kalu jalan selisih bahulah jugak.

Harga barang nak kata murah tu taklah murah tapi tak mahal giler lah. kalau rokok (MERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) bolehlah dapat dalam RM4 lebih tapi tak sama dengan rokok kat malaysialah.
Tapi, kalau nak 'shopping' memang berbaloi RM1000.00 boleh gak dapat banyak baranglah nak jalan2 makan angin pun ok. Seluar Jeans pun dalam RM30-40 kira oklah. Brand tak brand tu sendri mau ingatlah.

Sunday, August 17, 2008

Hari Ini

Semalam 17 August 2008 tertengok cerita tv3 cinta mat rempit kalu tak silap. penerbit azlina pa'wan pengarah Ahmad Idham. pelakon faizal yusof dan liyana jasmay. Aku suka tengok liyana jasmay berlakon. budak nie memang ada bakat. Aku rasa satu hari nanti dia boleh jadi pelakon yang hebat dan bagus. semoga berjaya

Hari ini. Aku tengok satu iklan PETRONAS. Pelakon Afdlin Shauki (bapak) dan anak -Putera Shazlan (nama glemer). Menyentuh perasaan. Bab bila dia nak ke universiti. Bapak dia dah siapkan simpanan atas nama anak dia. Aku rasa banyak diluar sana yang melalui perkara macam tu. Sebab tu sekali tengok je iklan tu otak pun dah dapat tangkap.

Aku sampai sekarang teringat cerita bukit kepong. Bab yang surat Dato' Jins terbakar. Surat dari seorang suami kepada isteri dengan lagu latar yang menyayat hati. Itulah bab yang aku tak dapat lupa.

Inilah Pandanganku Pemerhatianku