Hari ini dah masuk hari ke-12 mak di hospital. semalam ubat untuk jantung dah diberi untuk menguatkan degupan jantung daripada 40/min kepada 50-60/min. degupan jantung yang lemah memungkinkan mak tak mampu untuk menjalani fesioterapi. Harap mak dapat sembuh dan kuat untuk menghadapi ini semua.
Berita kematian Yasmin Ahmad pada hari Ahad lepas yang agak mengejutkan seluruh peminat seni tanah air. diharap keluarganya dapat bersabar dan semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.
berbalik cerita mak tadi, dari wad 6 telah di pindah ke wad 3 bagi membolehkan mak dirawat di wad tersebut. kami adik beradik bergilir-gilir untuk menjaga mak. Aku tak sanggup untuk melihat mak dalam keadaan terbaring dengan menahan sakit daripada ubat tersebut.
Selamat bertolak untuk udin, fahmi, Muzrabi dan Izdi ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan terima kasih udin kerana mendoakan mak untuk cepat sembuh.
Mak semoga mak cepat2 sembuh
dari anakmu salam.......
Sunday, July 26, 2009
Sunday, July 19, 2009
Hari ini 19 July 2009 ; 27 Rejab 1430 Hijrah
Malam ini adalah malam Israk Mikraj. Allah yang Maha Pengasih membawa Nabi Muhamad S.A.W ke satu perjalanan yang dapat menenangkan hati Nabi S.A.W setelah bermacam-macam dugaan yang dihadapi oleh Rasullullah.
Hari ini juga adalah hari ke-empat emak terlantar di hospital. Keadaan masih lagi lemah. Namun boleh mengukir senyum. Perasaan hiba sedih dan mcm-mcm lagi masih berlegar-legar di dalam diri. cuma bila berhadapan dengan emak seharusnya perasaan itu disimpan dan lebihkan memberi semangat agar emak tetap kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang.
Anakmu akan tetap disampingmu dan akan tetap mendoakan emak agar cepat sembuh dan kembali kepada sediakala. Ya Allah Maha suci tuhan seluruh alam. Yang menjadikan siang dan malam yang menjalankan nabi di malam isyrak mikraj. yang berkuasa atas segala sesuatu. ku pohon kepadaMU agar disihatkan emak dan diberi kekuatan untuk emak mentaati perintahMU sehingga akhir hayatnya...amin

Friday, July 17, 2009
Hari Ini 17 Julai 2009
Semalam adalah detik bersejarah dalam hdup aku. Kerana bermulalah kehidupan tidak seperti dulu lagi. Ibu yang mengandungkan aku telah diserang angin ahmar. sebelah tangannya lumpuh.
Aku tak pernah terfikir akan terjadi macam nie. Hanya tuhan yang tahu. bertapa sedih seluruh keluarga aku. Aku mcm tak boleh terima kenyataan yang IBU terlantar di katil hospital dan tak seperti dulu. arggg..... perasaan gundah gulana dan mcm macam lagi. aku buntu seperti hilang arah. Aku tak dapat merenung muka IBU.... walaupun aku tahu satu hari nanti pasti dia akan meninggalkan aku jua akhirnya..... tapi waktu itu aku tak tahu sama ada aku mampu untuk menerima kenyataan dengan tabah atu tidak... Semoga ALLAH memberi emak kesihatan dan mampu untuk sembuh seperti sediakala dan sekiranya tidak anakmu ini akan tetap menyanyangimu dunia dan akhirat......

Subscribe to:
Comments (Atom)