Sunday, September 6, 2009

Hari Ini 7 September 2009 17 Ramadhan 1430H

Hari ini hari Isnin 17 Ramadhan 1430H. Sejak 22 Ogos 2009 mak dibenarkan pulang untuk berpuasa dengan kami semua. Dah tak perlu duduk di hospital. Cuma ada jadual yang perlu di ikuti untuk ke hospital.

Pejam celik sudah hampir setengah bulan kita berpuasa untuk tahun ini. Apa amalan yang terbaik kita buat untuk ramadhan ini? atau apa amalan terburuk yang kita buat di bulan ramadhan ini... tepuk dada tanya iman.

Berbalik kepada cerita mak. Buat masa ini mak berehat di rumah. Cuma mak dah tak seperti hari raya dahulu. masih kuat untuk bergerak, untuk buat kuih, untuk mengemas rumah, untuk membuat juadah. Pada aku itu semua tak penting yang penting mak sihat dan bertambah sihat untuk meneruskan kehidupan ini. Tanpa rendang, tanpa ayam masak merah dan tanpa ketupat sekalipun aku tetap gembira kerana mak tetap masih ada disamping kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin. semoga mak cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk mentaati perintahNYA.

Kami sekeluarga sayang mak