Tuesday, December 8, 2009

Hari ini 9hb Disember 2009

Hari ini 9hb Disember 2009, perrrggg pantas hari berlalu. tup tap tup tap dah nak abis tahun. banyak perkara yang tak dapat diselesaikan untuk tahun ini. arggggg... kene carry forward ke tahun depan.

any way may my life change to GOOD

Sunday, September 6, 2009

Hari Ini 7 September 2009 17 Ramadhan 1430H

Hari ini hari Isnin 17 Ramadhan 1430H. Sejak 22 Ogos 2009 mak dibenarkan pulang untuk berpuasa dengan kami semua. Dah tak perlu duduk di hospital. Cuma ada jadual yang perlu di ikuti untuk ke hospital.

Pejam celik sudah hampir setengah bulan kita berpuasa untuk tahun ini. Apa amalan yang terbaik kita buat untuk ramadhan ini? atau apa amalan terburuk yang kita buat di bulan ramadhan ini... tepuk dada tanya iman.

Berbalik kepada cerita mak. Buat masa ini mak berehat di rumah. Cuma mak dah tak seperti hari raya dahulu. masih kuat untuk bergerak, untuk buat kuih, untuk mengemas rumah, untuk membuat juadah. Pada aku itu semua tak penting yang penting mak sihat dan bertambah sihat untuk meneruskan kehidupan ini. Tanpa rendang, tanpa ayam masak merah dan tanpa ketupat sekalipun aku tetap gembira kerana mak tetap masih ada disamping kami sekeluarga. Amin Ya Rabbal Alamin. semoga mak cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk mentaati perintahNYA.

Kami sekeluarga sayang mak

Sunday, July 26, 2009

Hari ini 27hb Julai 2009

Hari ini dah masuk hari ke-12 mak di hospital. semalam ubat untuk jantung dah diberi untuk menguatkan degupan jantung daripada 40/min kepada 50-60/min. degupan jantung yang lemah memungkinkan mak tak mampu untuk menjalani fesioterapi. Harap mak dapat sembuh dan kuat untuk menghadapi ini semua.

Berita kematian Yasmin Ahmad pada hari Ahad lepas yang agak mengejutkan seluruh peminat seni tanah air. diharap keluarganya dapat bersabar dan semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

berbalik cerita mak tadi, dari wad 6 telah di pindah ke wad 3 bagi membolehkan mak dirawat di wad tersebut. kami adik beradik bergilir-gilir untuk menjaga mak. Aku tak sanggup untuk melihat mak dalam keadaan terbaring dengan menahan sakit daripada ubat tersebut.

Selamat bertolak untuk udin, fahmi, Muzrabi dan Izdi ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan terima kasih udin kerana mendoakan mak untuk cepat sembuh.

Mak semoga mak cepat2 sembuh
dari anakmu salam.......

Sunday, July 19, 2009

Hari ini 19 July 2009 ; 27 Rejab 1430 Hijrah

Malam ini adalah malam Israk Mikraj. Allah yang Maha Pengasih membawa Nabi Muhamad S.A.W ke satu perjalanan yang dapat menenangkan hati Nabi S.A.W setelah bermacam-macam dugaan yang dihadapi oleh Rasullullah.

Hari ini juga adalah hari ke-empat emak terlantar di hospital. Keadaan masih lagi lemah. Namun boleh mengukir senyum. Perasaan hiba sedih dan mcm-mcm lagi masih berlegar-legar di dalam diri. cuma bila berhadapan dengan emak seharusnya perasaan itu disimpan dan lebihkan memberi semangat agar emak tetap kuat untuk menghadapi hari-hari mendatang.

Anakmu akan tetap disampingmu dan akan tetap mendoakan emak agar cepat sembuh dan kembali kepada sediakala. Ya Allah Maha suci tuhan seluruh alam. Yang menjadikan siang dan malam yang menjalankan nabi di malam isyrak mikraj. yang berkuasa atas segala sesuatu. ku pohon kepadaMU agar disihatkan emak dan diberi kekuatan untuk emak mentaati perintahMU sehingga akhir hayatnya...amin

Friday, July 17, 2009

Hari Ini 17 Julai 2009

Semalam adalah detik bersejarah dalam hdup aku. Kerana bermulalah kehidupan tidak seperti dulu lagi. Ibu yang mengandungkan aku telah diserang angin ahmar. sebelah tangannya lumpuh.
Aku tak pernah terfikir akan terjadi macam nie. Hanya tuhan yang tahu. bertapa sedih seluruh keluarga aku. Aku mcm tak boleh terima kenyataan yang IBU terlantar di katil hospital dan tak seperti dulu. arggg..... perasaan gundah gulana dan mcm macam lagi. aku buntu seperti hilang arah. Aku tak dapat merenung muka IBU.... walaupun aku tahu satu hari nanti pasti dia akan meninggalkan aku jua akhirnya..... tapi waktu itu aku tak tahu sama ada aku mampu untuk menerima kenyataan dengan tabah atu tidak... Semoga ALLAH memberi emak kesihatan dan mampu untuk sembuh seperti sediakala dan sekiranya tidak anakmu ini akan tetap menyanyangimu dunia dan akhirat......

Monday, June 22, 2009

Hari ini 22 Jun 2009

Aleesya Aliyah dah menjangkau umur 5 tahun hari ini... eerrrggg 5 tahun, 5 tahun... mcm tak percaya..jek

masa cepat berlalu rasa macam semalam jer tengok dia merangkak.
Hari ini hati mcm tak tenang, kenapa aku tak tahu... semacam ada sesuatu yang mengganggu jiwa, perasaan, fikiran ahhh tension... tension tension

Harus fokus apa yang kita ndak... fikir susah maka semua akan jadi susah... bengang dan tension..

cau

Thursday, June 18, 2009

Sakit

Terasa sakit hati.
Kenapa sakit hati. Sebab tak senang.
Kenapa tak senang. Sebab tak Usaha.
Kenapa tak usaha. Sebab malas.

Selagi kita berfikir kenapa maka apa yang kita akan dapat jawapan hanyalah alasan alasan dan alasan.... sehingga kita bosan.

Cuba fikirkan BAGAIMANA.. saya nak..... maka kita secara tidak langsung akan merancang.

Wednesday, June 17, 2009

Hari ini 18 Jun 2009



















Masa tetap kan berlalu hanya bagaimana kita mengisinya.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah hidupku
Mama, Aleesya Aliyah dan Syafiqah Aliyah







Friday, January 2, 2009

Hari Ini 3 Januari 2009

Selamat Datang Tahun 2009 Selamat Tinggal Tahun 2008
Selamat Datang Tahun 1430 Hijrah dan Selamat Tinggal Tahun 1429 Hijrah

Hari ini hari Sabtu 5 Muharram 1430 bersamaan 3 Januari 2009.

Bermulalah tahun yang baru untuk semua umat islam.

Adakah perubahan dalam diri kita berbanding tahun lepas?

Adakah perubahan dari segi lahiriah sahaja @ perubahan dari dalam diri sendiri? Tepuk dada tanya lah diri sendiri.

Salam Perkenalan Tahun 1430 Hijrah