Saturday, September 27, 2008

hari ini Hari Sabtu Ramadhan 27

Ramadhan 27, Hari ini ramai rasanya orang balik kampung itu pun bagi sesiapa yang ada kampung. Perjalanan yang jauh itu yang mengamit rasa indah. Pasti orang di kampung menunggu kepulangan. PASTIKAN SELAMAT SAMPAI ke tempat yang dituju.
Terfikir sejenak bahawa setiap orang pasti ingin kembali ke kampung dengan selamatnya. Tak ada seorang pun yang hendak pulang dalam keadaan yang tidak selamat ataupun menemui kecelakaan. Kenderaan dalam keadaan baik, persiapan yang baik membawa ole-ole untuk orang di kampung. Yang pasti persiapan dirancang dan diatur dengan baik sekali.
Takkah terfikir kita hidup kita juga sama INGIN PULANG ke tempat yang kekal lagi selamat. SURGA INSYAALLAH. Cantikkah persiapan kita untuk pulang ke kampung yang kekal sepertimana kita menyiapkan keperluan untuk pulang berhari raya. Sepatutnya lebih2 lagi. Rasa cinta untuk pulang ke kampung yang kekal abadi menemui PENCIPTA kita.
Bersiaplah kita kerana satu hari nanti pasti kita akan pulang. PULANG selama-lamanya semada ada pulang dalam keadaan selamat atau tidak itu bergantung kepada PERSIAPAN kita sekarang.
wasalam

Friday, September 26, 2008

Hari ini Hari Jumaat Ramadhan 26

Hari ini tinggal 4 hari sahaja lagi Ramadhan akan ditinggalkan. Meninggalkan Ramadhan sepatutnya menyedihkan kerana kurangnya amalan yang dilakukan pada bulan yang paling Afdhal memperbanyakkan amalan. Berlalunya Ramadhan sepatutnya mengubah diri yang daif kepada diri yang lebih mulia. Namun kelemahan diri menyebabkan amalan yang utama dilengahkan, amalan yang dituntut dan disunatkan tidak dilakukan dengan sehabis baik.
Apa yang aku dapat dalam bulan Ramadhan ini?.
Soalan yang sepatutnya difikir dan diamati.
Adakah aku mampu bertahan sehingga Ramadhan akan datang?.
Adakah kita pasti Ramadhan akan datang kita akan bertemu lagi?.
Sekali lagi diri seakan pasti akan bertemu sedangkan tak pasti lagi akan bertemu.
Tangisilah Ramadhan dengan melihat diri yang alpa.