Hari ini dah masuk hari ke-12 mak di hospital. semalam ubat untuk jantung dah diberi untuk menguatkan degupan jantung daripada 40/min kepada 50-60/min. degupan jantung yang lemah memungkinkan mak tak mampu untuk menjalani fesioterapi. Harap mak dapat sembuh dan kuat untuk menghadapi ini semua.
Berita kematian Yasmin Ahmad pada hari Ahad lepas yang agak mengejutkan seluruh peminat seni tanah air. diharap keluarganya dapat bersabar dan semoga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.
berbalik cerita mak tadi, dari wad 6 telah di pindah ke wad 3 bagi membolehkan mak dirawat di wad tersebut. kami adik beradik bergilir-gilir untuk menjaga mak. Aku tak sanggup untuk melihat mak dalam keadaan terbaring dengan menahan sakit daripada ubat tersebut.
Selamat bertolak untuk udin, fahmi, Muzrabi dan Izdi ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah dan terima kasih udin kerana mendoakan mak untuk cepat sembuh.
Mak semoga mak cepat2 sembuh
dari anakmu salam.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment